Syera Othman

31 October 2015

Et Divas Ke Krabi (Part 2)


Sawadikap, Hi ! Syera nak sambung PART 2 ni. JOM!

Day 2 : 20 October 2015 (Tuesday)

Good Morning from us.
Aku tak pasti dorang ni mandi ke tak, muka semua toya je. Yang si zahir senyum tak ikhlas, si aqib still tidur (berdiri tuh yang tak tahan), arep and daoh aku rasa acah acah macho (eiyyuuu plss bro) haha. Awe (fikri) aku tak pernah tau dia ni senyum ke tak yang aku tau, tengok dia je aku nak gelak. :') Akila? hmm. macam biasa ler senyuman dia sentiasa cover. kehkeh, Satu kau tak boleh ubah, mata aku and si hamkakas (hamka) ni memang tak boleh nak buka besar dah. Tuh je limitnya haa. :P
Cuba teka siapa yang paling kepoh dan kepochi? >,<
Aku tak paham, suka sangat mamat ni membebel. Haihh !
Aku dah kata, orang paling spoil setiap gambar tuh adalah Si Aqibun mamat ikan bilis jadian ni. Suka sangat buat muka pelik dia, tidur berdiri la, lobang hidung la. Haihh ! Kembar dia lagi sorang adalah Zahir Si Diva AAA . Semua gambar confirm dorang berdua ni SPOIL ! -.-
Let's start our day with Bismillah,
               Pagi ni kitorang kena bangun awal sebab waktu subuh sini awal, pukul 5 pagi sebab ikut solat waktu Malaysia, sebab Malaysia solat Subuh pukul 6 pagi (Beza satu jam). Hoii ! berapa banyak 'sebab' dah hai. -_- (annoyed la kau syero) . Okay okay dah sambung. Hehs. So, terus siap-siap pukul 8 pagi (waktu Krabi) kitorang dah keluar dari bilik and tunggu tuk-tuk (prebet) ambil. Haa. Jap ! Sebenarnya waktu pagi ni HAMBAR GILERR WEI ! sumpah mamat mamat ni memang aku gelar #TeamDivasHambar sesuai sangat lels. Dorang abaikan kitorang yang perempuan ni. Kau ghase? Aku ni siap cakap lagi dengan kyla, "Dorang ni hambarudin betul, langsung tak tegur kita". Hahaha. (Maroh..maroh) -,- Masa ni aku rasa nak backhand je sesorang. Ya Ampunnnn! Sumpah GERAAAAAM ! Tapi, bila nak suruh ambil gambar kemain muka manis nak minta tolong. Aku dengan baik hati pun cakap ler "Haa, okay. Meh handphone" *dalam hati eyyy, belasah kang*. Hehe. Okayy, jom sambung...

So, pukul 9 pagi one of the agency's staff pun pick up la kitorang kat homestay. *gedek gedek* sampailah tempat daftar (berkumpul dan ambil sticker group) iaitu kat Aonang Jetty and start our Island Hoping. Sebelum bunga start membebel jom cuci mata dulu. :)

Aonang Jetty
Vrooommm... Misi  jelajah 7 Pulau bermula. :)
Masa dalam boat, semua excited bergambar la apa la and one more thing paling menyedihkan si awe je terpisah dengan kitorang. hehe. tetiba je tersesat kat geng lain. Yang tak tahan geng anak beranak pulak tuh. lols. :D 
Malas nak cakap banyak so, kita terus skip ke first pulau iaitu kitorang dibawa oleh Si Saria Baracudas ke Bamboo Island.
Touchdown Bamboo Island
Tak boleh ambil gambar dekat sangat, kalau tak, banyak yang kena censored la jawabnya. LOLS
Sumpah air dia jernih sangat dan MASIN yang luar biasa. -_-
Dari Aonang Jetty ke Bamboo Island mengambil masa lebih kurang empat puluh lima minit (kalau tak silap). So, kitorang touchdown kat Bamboo Island ni lebih kurang dalam pukul 9.50 pagi dan diberi masa 30 minit je sampai 10.30 pagi untuk bergambar, mandi manda dan sebagainya. (Lihat gambar diatas) 30 minit tuh takde la lama mana tapi, sempatlah lawan "siapa boleh tahan nafas paling lama dalam air", lumba berenang sampai ke tengah dan main simbah-simbah air. Hewhew. Bila dengan lelaki kau tau la kan perangai dorang sumpah sakai gila (Sorry mencarut) sebab tak aci betul main tipu. Arghhh. GERAM ! After mandi manda, macam biasalah perlu ada gambar formal kat signboard pulau ni. So, taraaaaaaaaaaaa.....

Ohh. Jap ! Aku tak perkenalkan lagi konco-konco geng kapak gua (Cehh 'gua' konon, acah acah gengster je).
Sebetulnya #TeamDivasHambar. Hewhew.
Dari Kiri : Awe (Fikri Shafein) , Ikan Bilis (Aqib Nazanee) , Cicit Menantu (Arep) , Cicitku (Kyla) ,
Me (Cik Bunga Syera yang meletup kebaboom)Diva AAA (Zahirhihir) ,
Daohohoho (Firdaus) and Hamkakass (Hamka)
Kalau korang nak stalk diorang ni sama ada handsome ke mata bundar ke macho atau berhingus lagi ke tidak, korang boleh try click nama dorang satu-satu yang kaler hijo tuh. Okayy? Nanti dia terus bawa korang ke syurga instagerem mamat-mamat hambar dan gegadis propa tuh. Jap ! Nak bisik sikit ni... "Jangan lupa follow sekali tau, kot-kot mana tau jodoh korang ke" hihi.

Okay dah ! Jom ke pulau seterusnya. Kalini laju laju tau macam pelesit. Sebab malas nak membebel panjang-panjang. hihi.

2nd Pulau kitorang dibawa ke Phi Phi Don iaitu tempat paling banyak coral berbanding dengan pulau kembar dia. Lupa pulak apa namanya yang penting ada 'Phi Phi' jugak la depan dia. Phi phi aku kot. Lels
Dekat second pulau ni tak sempat nak ambil gambar permandangannya sebab semua excited nak terjun tengok keindahan batu karang kat sini. Nasib si Zahir ni ada kesedaran nak ambil gambar dugong-dugong sekalian ni, kalau tak alamatnya takdelah kenangan jadi dugong. Hewhew. Haaaa ! Nak dijadikan cerita, masa kitorang kat pulau ni ada la insiden yang berlaku iaitu aku hampir-hampir lemas (Ni tak kelakar) disebabkan life jacket yg depa sediakan ni tak berapa nak fit dengan badan and menyebabkan badan tak seimbang (life jacket keluar dr badan). But, many thanks to Arep sebab sempat paut kat dia. Nasib ler dia terjun sama-sama dengan aku, kalau tak hanya Tuhan jelah yang tahu apa aku rasa masa tuh. Serious masa tuh Arep is my savior and yang paling aku sayang dengan group ni dorang ssupp bergegas terus pergi kat aku. Thank you gaisss especially Arep. (Tetiba rasa sayang pulak, puihhh) Hiks.

Third Island is Monkey Bay
Thanks to mak cik ayu tolong ambilkan gambar I yang gelap ni. pffft.
Bukan nak cakap apa la, aku tengok korang ni pun dah macam monkey (especially yang suka bagi orang emoji pisang tuh) Haaa, sesuai sangat ler pergi tempat-tempat gini. Hihi. Okay pulau keempat adalah Maya Bay. Maya Bay ni pantai dia lawa gilaa. TAK TIPU ! Walaupun tempat dia kecil je dikelilingi oleh batu-batu besar yang digelar 'dinding' tapi, tetap cantik yang memukau. Pasir dia putih halus macam tepung naik sendiri tuh (serious ni). Nah bukti...

Maya Bay View

Kenapa semua acah acah sangat ni? -_-'
Eleh, yelatu Daoh. H A H A H A (Semangat aku gelak, tak paham betul) >,<
Kyla nak pergi mana tuh? Buah hati kat depan je tuh haa. Hihi
Bagi la chanss sikit kat sis nak berdrama pulak dengan kyla si propa ni. >,<
Haaa ! korang tengoklah perangai dorang ni. Acah acah malu lain, buat kat aku tanduk la,
muka Divaa divana tuh yang tak tahan tuh. Nak gelak ke bang? ^.^
 Let's move to the fifth island...


Pulau yang kelima ni adalah Khai Island. Kitorang tak turun pun just tengok dari atas boat. Khai Island ni pun lawa sangat. Walaupun just duduk kat atas boat tapi, boleh nampak sampai dasar dia tau, boleh nampak batu karang and ikan ikan comel. Fyi, Khai Island ni merupakan satu tempat yang pada waktu pagi boleh jadi pantai dan bila tengahari dia akan menjadi satu lautan yang dalam. Tak silap kedalaman dia 20 meter kot. Korang boleh lihat perbezaan warna air kat gambar kedua tuh. (Kalau nak besarkan "just click gambar tuh")

Destinasi keenam adalah Viking Cave dimana dulu pelancong boleh masuk dalam gua ni tapi, sekarang government Thailand dah tak benarkan masuk sebab burung-burung yang mengganas. Tengok ler tuh dah hancur burung-burung ni kerjakan. (Info ni Si Saria Baracudas tuh yang bagitau, aku pun yekan jela). Tempat ni pun sumpah lawa yang teramat sangat. Tempat kedua paling aku suka selepas Maya Bay. Air dia biru hijau, jelas sangat nampak ikan-ikan sedang berjimba main kejar-kejar. Arghhh ! Semua la aku suka termasuk KAU ! Huhu. :)

 
Kawasan pameran yang telah roboh
Last destinasi adalah Phi Phi Leh. Kat sini kitorang berhenti untuk makan tengahari dalam pukul 12.30 t/hari macam gitu. Makanan yang disediakan adalah secara buffet yang pasti memang sedap and banyak pilihan makanan. InshaAllah halal. :)

Phi Phi Leh
Semua sibuk minta wifi sebab nak upload gambar. Selebet betul. -_-'

So, pukul 2.30 petang pun kitorang bergerak balik ke Aonang. Perjalanan dari Phi Phi Leh ke Aonang Jetty mengambil masa dalam satu jam empat puluh lima minit. Bila perut dah kenyang, hati dah senang, apa lagi semua membuta la. (Macam mana hati dan perut happy, cuba tengok perut Daoh tuh sebagai rujukan hihi) . So, sampai di Aonang Jetty lebih kurang pukul 4.15 petang and kitorang terus naik pengangkutan yang disediakan untuk balik ke homestay. Petang tuh kitorang decide untuk mandi, solat dan rehat dulu sebelum meneruskan misi menjelajah Krabi dengan lebih jauh sambil mencari makanan untuk ditelan pada waktu malamnya.

Pukul 7 malam lepas solat jamak maghrib dan isyak kitorang terus bergerak mencari makanan untuk diisi ke dalam perut. Puas kitorang cari, akhirnya jumpa jugak.

Cost dinner ni 60 bath plus air suam 15 bath
Food Hunting untuk harini sebab penat dan lapar sangat. Hihi
Lepas makan dalam pukul 11.30 malam tuh kitorang pun terkedek-kedek la balik. Sampai je bilik semua muka bengkek. Huaaarrrghhh. Ngantuk dah mata ni. Kalau nak tau cost expenses harini tunggu part 3 okay?
Bye.. bye gaisssss. Selamat Beraduuuu.

SELAMAT MALAM SEMUA.

Harini tetiba tak sihat so, Part 3 will be update soon. Kalau larat dan kuat bunga
try update secepat mungkin ya. Sayang korang. Muaaaah !

Thankyou drop by my entry. :)



Any inquiries please leave your comment below. :)
Jangan lupa follow sekali. Hihi


Syera Othman Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign